Air mata ini untuk siapa?? Mengapa terkeluar ayat sebegitu? aku sendiri pun tak pasti kenapa. Malam ni tiba-tiba aku rasa sebak. air mata mengalir sendiri. tiba-tiba terasa hangat di pipi. kenapa??? aku sendiri pun tak pasti kenapa. hari ini, terciptanya satu sejarah bila aku menangis untuk nobody. mungkinkah aku menangis untuk ahli keluarga aku yang baru sahaja pergi? tidak. tak terlintas sedikit pun kat dalam hati aku ni untuk menangis hanya kerana itu. kerana sejarahnya aku tidak mampu menangis lagi untuk keluarga. aku tak mampu menunjukkan kelemahan aku di hadapan keluarga. biarlah aku jadi pendorong kepada kejayaan mereka. biar di dalam terluka asalkan aku kelihatan gembira. tapi adakah itu sebab untuk air mata ini. tidak. sedikitpun tidak terasa itu sebabnya. tapi kenapa air mata ini terus mengalir? kenapa? mungkinkah aku akan menghadapi perpisahan yang menyentuh hati atau mungkinkah aku bakalan pergi? tidak!! sedikit pun tidak terlintas difikiranku akan semua hal ini. tapi, untuk siapa air mata ini?? masih lagi tertanya-tanya. jauh di dalam sanubariku, aku sebenarnya mengerti untuk siapa. tetapi aku terus menafikannya. kenapa? mengapa perlu menafikannya sehingga aku sendiri bingung akan sebabnya. mengapa perlu aku menafikannya????
hakikatnya semua tahu atau mungkin aku sahaja yang tahu mengapa. pertemuan yang tidak aku rancang tetapi Tuhan yang menentukannya. Pertemuan yang tidak aku sangka membuahkan bibit2 kasih sayang. Pertemuan yang aku sendiri bingung mengapa ia terjadi. pertemuan yang telah membukakan hatiku setelah sekian lama tertutup rapi. hadirnya mereka memeriahkan hati aku. hadirnya mereka memberikan aku sinar baru. hadirnya mereka memberikan aku satu kekuatan untuk meneruskan hidup yang selama ini aku rasakan telah tiba di penghujungnya. air mata ini untuk mereka kerana aku tahu mereka lah pemilik air mata ini. aku tak mampu untuk menafikannya lagi. kerana hadirnya mereka aku sering tersenyum gembira. kerana adanya mereka aku tetap kuat dan tabah menempuh dugaan hidup ini. mereka lah sinar yang Allah berikan untukku agar aku nampak akan jalan yang perlu aku lalui.
terima kasih rakan-rakan kerana kamu penyeri hidupku yang selama ini tenggelam di dalam lautan duka. terima kasih sahabat kerana hadirnya kamu memberi aku kekuatan baru untuk hidup. terima kasih kawan-kawanku kerana hadirnya kamu menerangi jalan yang perlu aku lalui. kamulah yang terbaik pernah aku miliki selama hari ini. terima kasih!!!!!! peace!!!